Saturday, 24 January 2015

ZAMANI AKUI SITI NURHALIZA TIADA KENE MENGENA DENGAN PEMBABITANNYA DALAM DADAH


Status yang telah dimuatnaik oleh Saari Amri telah pun mencetuskan persoalan di kalangan orang ramai. Mana tidaknya, komposer itu telah menulis yang Siti Nurhaliza tahu punca sebenar tentang apa yang terjadi kepada Zamani. Untuk makluman adik-adik yang baru berusia 20-an, satu ketika dahulu, Zamani dan Siti Nurhaliza ketika zaman kegemilangan mereka pernah dikatakan bercinta. Namun tiada jodoh di antara mereka berdua.



Dibebaskan hari ini dengan ikat jamin polis, Zamani memaklumkan yang Datuk Siti Nurhaliza tiada kaitan dalam kes penyalahgunaan dadah yang membabitkan dirinya. Kata Zamani:-
Orang yang berhak untuk memberikan komen adalah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan itu. Apa yang berlaku ke atas diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) tetapi ini adalah qada dan qadar.
Siti Nurhaliza juga turut enggan memberikan sebarang komen tentang status Saari Amri ini. Kata penyanyi nombor 1 negara ini:-

          Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain.

Biarlah apa yang terjadi antara Zamani dan Siti Nurhaliza satu ketika dahulu hanya menjadi kenangan buat mereka berdua. Tak patut rasanya untuk menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi kepada Zamani. Ia adalah pilihan sendiri. Keputusan sendiri. Semoga apa yang terjadi memberi pengajaran kepada Zamani khasnya dan kita amnya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Sumber Berita Harian.

No comments:

Post a Comment