Thursday, 22 January 2015

PEKERJA PENAPIS AIR MAUT TERPERANGKAP DALAM KERETA TERBAKAR SELEPAS BERLANGGAR DENGAN TRELER

Lelaki rentung  Kemalangan Di Kilometer 254-7

Beberapa pengguna jalan raya hanya mampu menjerit meminta mangsa yang terperangkap dalam kereta yang terbakar mengucap syahadah.
Ternyata api yang marak akibat pelanggaran dua kenderaan membabitkan kereta dan treler membawa muatan sisa bijih timah itu menyukarkan usaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Kejadian pada pagi Khamis itu berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa berlanggar dengan treler berkenaan di Kilometer 254.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara. di Kuala Kangsar.


Kebakaran itu mengakibatkan mangsa yang berusia 34 tahun, Joeri Ramli, 34 rentung, manakala rakannya, Muhammad Nasrullah Abd. Ghaffar, 29 hanya cedera ringan.
Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 9.26 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran kereta sudah mencapai 95 peratus, manakala lori treler turut terbakar ke tahap 45 peratus.
“Operasi memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur selesai pada pukul 12.10 tengah hari,” katanya.
Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan, Shamsul Bahrin Aziz dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.


Mangsa yang maut dipercayai seorang  pekerja syarikat penapis air. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tidak sempat menyelamatkan diri. ALFATIHAH.... semoga rohnya dicucuri rahmat...

No comments:

Post a Comment