Tuesday, 20 January 2015

NIK AZIZ DI ICU HUSM


Kuala Lumpur: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas dimasukkan ke hospital itu malam tadi.


Keadaan terkini bekas Menteri Besar Kelantan itu dimaklumkan oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebooknya petang ini.

Katanya, beliau akan memaklumkan perkembangan ayahnya dari semasa ke semasa.

“Saya kini dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Doakan semoga ayahanda kembali sihat,” katanya.

Nik Mohamad Abduh semalam memaklumkan ayahnya itu dalam keadaan uzur biasa.

Ini berikutan foto Mursyidul Am PAS itu yang kelihatan terbaring kerana uzur tersebar meluas di laman sosial. - hmetro

No comments:

Post a Comment