Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dikritik orang ramai kerana mendakwa banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hududnya.
Pada masa sama, anak kepada Mursyidul Am PAS itu juga menyeru orang ramai memanjatkan doa kepada Allah memohon agar dihentikan segala bencana dan dikembalikan kesejahteraan untuk semua umat manusia dan negeri yang dilanda banjir.
Menulis status di laman Facebooknya pada Rabu, beliau berkata: “Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud.”
Ia bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di dalam ruang komennya yang rata-rata membidas ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Mereka sebaliknya mengatakan, bencana alam tersebut berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal di Kelantan.
Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.
“Banjir berlaku sebab keserakahan PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi,” katanya.
Seorang pengguna lain, Anas Abd Jalil juga menyindir Nik Abduh yang seolah-olah meletakkan beban kepada pencipta alam, serta memuat-naik gambar pembalakan di Gua Musang.
Dengan nada marah, beliau mengaitkan banjir itu dengan kegiatan “perogolan balak” yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai.
“(Sebaliknya) Semua dibebankan pada takdir Allah,” kata Anas.
Sementara itu, orang ramai juga membidas kenyataan Nik Abduh yang seolah-olah mengatakan pelaksanaan hudud merupakan penyelesaian kepada masalah banjir di negeri tersebut.
“Isu bnjir skrg ni tiba2 puak2 lebai ni bncg psal hudud, sabar sat klau nk laksana pun… Islam ni bkn pada hudud ja..banteras rasuah pnyelewengan, korupsi kjaan, ketirisan pn tak sudah2 lg. Selamatkn rkyt dlu, mcm hg sorg nk msuk syurga ustaz oi!” kata pengguna bernama Khairul Anuar KA dalam ruang komen.
Dalam status Facebooknya semalam, Nik Abduh berkata kunci kepada isu banjir di Kelantan ialah doa dan menggesa supaya orang ramai terus meminta bantuan kepada Allah.
“Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu,” tulisnya.
Pentadbiran kerajaan PAS Kelantan sebelum ini juga menerima kritikan hebat kerana berhasrat meneruskan sidang khas meminda enakmen negeri bagi membolehkan pelaksanaan hudud pada 29 Disember ini.
Pengkritik menggesa supaya sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan itu ditangguhkan sehingga isu banjir ditangani terlebih dahulu. – suaratv
Setahu Pakcu tokey yang dok tebang balak dan gondol bukit bukau tu dah tentu dapat izin pihak berkuasa ..jadi tak hairanlah kalu tempat tadahan hujan tu memuntahkan banjir lumpur yang begitu dasyat tahun ni.
ReplyDeleteYang menderita rakyat lebih-lebih lagi tak ramai yang tahu masalah gondol bukit dan kesan aliran air hujan serta kecetekan sungai yang menyumbang kearah kejadian limpahan air serta kejadian banjir.
Bila mata dah kelabu dengan pitis dan hati yang miskin dengan amanah macam-macam perkara boleh berlaku.
Lepas ni akan terdengar suara-suara yang mengatakan itu semua ujian Allah yang perlu diterima sebagai ketetapan azali....biar pun ada tangan-tangan manusia yang turut menyumbang kearah kemusnahan alam ini,...walahualam
Memang betul akibat doa....Doa Ko Ko...doa Celako celako..
ReplyDelete