Monday, 12 January 2015

DAKWAT KEKAL : MAHKAMAH TENTERA JATUH HUKUM MEJAR ZAIDI DIBUANG KERJA


Seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera di sini hari ini terhadap dua pertuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerja­nya, dua tahun lalu.
Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota bersidang menetapkan pukul 2 petang ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Mejar Zaidi Ahmad, 48.
Yang turut menganggotai panel tersebut ialah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
Mejar Ahmad Zaidi yang tidak berpuas hati dalam rayuannya menyatakan semua ini adalah kehendak penguasa politik.
“Tanyalah budak sepuluh tahun sekalipun, siapa yang betul – yang bercakap benar atau menipu?”
“Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala,” katanya sewaktu memberi keterangan dalam proses mitigasi hukuman.
Hujah Zaidi itu bagaimana pun dibantah oleh Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan.
“Jangan sebut ‘penguasa politik’ kerana dalam mahkamah tentera kita adalah impartial (saksama) dan apolitical (tidak bersifat politik),” kata Saadon.
Seorang lagi ahli mahkamah, Mejar Khuzairi Mohd Arshad kemudian mengingatkan Zaidi bahawa hujah untuk meringankan hukuman kebiasaannya bersifat “menyesal”, “tidak mahu mengulangi kesalahan,” dan “faktor-faktor luar” yang boleh dipertimbangkan.
Kedengaran seperti berang dengan peringatan itu, Zaidi yang bercakap dari kandang tertuduh mewakili dirinya sendiri meninggikan suara apabila menjawab peringatan Khuzairi ketika meneruskan hujahnya.
“Kamu pegawai, saya pun pegawai!
“Kamu dapati saya bersalah dan itu adalah sesuatu yang besar!”
Mahkamah tegang
Pada waktu ini Zaidi sekali lagi dipotong percakapannya oleh Saadon.
“Sebut secara bersopan. Dan jangan sampai saya dakwa kamu menghina mahkamah pula nanti,” tegas Saadon.
Zaidi kemudian menjawab, “Saya sudah berkhidmat selama 26 tahun.
“Janganlah saya dianggap sebagai seorang kanak-kanak kecil.
“Sekarang saya tak perlu cakap apa-apa.
“Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti,” kata Zaidi.
Saadon kemudian menangguhkan mahkamah buat sementara waktu kerana “keadaan yang tegang” serta bagi memberi peluang kepada Zaidi untuk “membuat rayuan yang wajar”. – Malaysiakini.com
Keberanian Mejar ini untuk berhadapan dengan Mahkamah Allah sangat dikagumi tetapi juga menunjukkan kejahilan beliau terhadap ilmu Islam.
Mejar ini lupa bahawa beliau sendiri tidak amanah terhadap pekerjaan dan organisasinya.-mykmu.net
PENDAKWAAN TERHADAP ZAIDI
Mahkamah Tentera telah memerintahkan pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad membela diri terhadap dua pertuduhan membabitkan isu dakwat kekal ketika pilihan raya umum ke-13 dan menyiarkan maklumat mengenai surat pertukaran kerjanya, tahun lalu.
Keputusan itu diputuskan lima panel diketuai Yang Dipertua Kolonel Saadon Hasnan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Zaidi, 47, gagal mendapat kelulusan daripada Kementerian Pertahanan untuk mengadakan sidang media berhubung isu dakwat kekal yang berkaitan dengan hal kerajaan.


Isu dakwat kekal adalah dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu sebuah agensi kerajaan justeru mana-mana anggota tentera adalah tidak boleh mengatur sidang media dan menyiarkan artikel berkaitan kerajaan sehingga mendapat kelulusan daripada Kementerian berkenaan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di surau balai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1 Mei 2013.
Panel hakim juga memerintahkan tertuduh membela diri terhadap pertuduhan menyiarkan maklumat kepada akhbar mengenai kawad tumpangan keluar (surat pertukaran kerja) membabitkan dirinya sebagai pegawai penyelidik ke Kuala Lumpur.
"Anggota tentera dilarang untuk menerbitkan atau memberitahu maklumat rasmi pada mana-mana orang luar yang boleh timbulkan kontroversi terhadap diri sendiri," kata Saadon.
Zaidi didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Bertam Indah Kepala Batas pada 3 Mei 2013.
Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Para 13 Perintah Majlis Angkatan Tentera (Permat) No 13 Tahun 1961.
AMANAH DITUNTUT DALAM ISLAM
Sifat amanah adalah sifat mulia yang amat dituntut dalam Islam , oleh itu sebagai seorang mukmin perlu memastikan sifat amanah ada pada diri mereka . 

Sifat amanah adalah antara sifat  yang dituntut oleh Islam iaitu pada setiap orang samada orang bawahan atau orang atasan. 

Berlawanan dengan sifat amanah adalah sifat khianat. Syariat Islam sangat  memberi perhatian berkaitan sifat amanah dan jika kita tak amanah , di akhirat kelak kita akan dipertanggungjawapkan dihadapan Allah dari apa yang kita buat didunia ini . 

Didunia pun banyak mereka yang tak beramanah menerima hukuman. 

Disini saya sertakan beberapa ayat ayat Al Quran dan hadis hadis nabi berkaitan sifat amanah yang dituntut oleh agama Islam .

Allah s.w.t berfirman:“Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.” (Al Mukminuun : 8).

Allah s.w.t berfirman:“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (Al Anfaal : 27)

Allah s.w.t berfirman:“Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan  (Al Ahzab : 72)

Allah s.w.t berfirman:“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(An Nisaa : 58)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w, bersabda, “Tunaikanlah amanat kepada orang yang mempercayakan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Dari Ubadat bin As-Samir , Rasulullah s.a.w, bersabda,
“Berikanlah padaku enam jaminan dari diri kamu, aku menjamin Syurga untuk kamu:
Pertama : Benar bila berkata.
Kedua : Menepati janji.
Ketiga : Menunaikan amanah.
Keempat : Pejamkanlah mata kamu daripada yang ditegah (tidak melihat perkara maksiat)
Kelima : Peliharalah faraj (kemaluan) kamu. (tidak berzina)
Keenam : Tahanlah tangan kamu. (tidak mencuri, tidak mengambil rasuah, tidak memukul orang dan tidak menulis sesuatu berita fitnah)
(HR Imam Ahmad,Ibnu Hibban Al-Hakim dan Al-Baihaqi).

Rasulullah s.a.w, bersabda,”Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (HR Ahmad).

Rasulullah s.a.w, bersabda,“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (HR At-Tabrani).“


Rasulullah s.a.w, bersabda,“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (HR Ahmad)

Sifat amanah sangat ditekankan oleh Islam , oleh itu marilah kita menjadi sesorang  yang beramanah , semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmati Allah sama ada didunia dan diakhirat . Sekian artikel berkaitan sifat amanah yang sangat dituntut dalam Islam .Wallahu a’lam. SUMBER

No comments:

Post a Comment