Monday, 19 January 2015

BAPA TANAM ANAK PEREMPUAN HIDUP-HIDUP

Tripura_girl_buried_alive

TERGAMAKNYA..... bukankah anak perempuan itu anak kandungnya, darah dagingnya sendiri..??

Hanya kerana tidak mahukan anak perempuan, bapa bertindak tanam anak perempuannya hidup-hidup. Seorang lelaki, dituduh cuba untuk menguburkan anak perempuannya, yang berusia 10 tahun hidup-hidup atas alasan yang tidak munasabah, di Tripura, India.
 
Abdul Hussein, dituduh melakukan perbuatan tersebut ketika isterinya keluar. Dia dikatakan ‘cuba menguburkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun hidup-hidup, hanya kerana dia adalah seorang gadis’.
 
Polis berkata, saksi melihat Abdul Hussein menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya ketika isterinya keluar, dan kemudian meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup.
 
Suspek dikatakan telah menimbus tanah sehingga paras dada, apabila gambar yang diambil menunjukkan kanak-kanak perempuan dengan tangan terikat dan kepala dikotori tanah.
 
Apabila isterinya pulang, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskannya perbuatan tersebut selepas ini.
 
Tetapi, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang melihat kejadian terbabit. Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis. -sumber

No comments:

Post a Comment