Friday, 31 October 2014

ABU SAYYAF TUNTUT RM 3 JUTA ATAU PENGGAL KEPALA CHAN SAI CHUIN ???


KOTA KINABALU: Kumpulan militan Abu Sayyaf mengugut memenggal kepala penternak ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin jika wang tebusan berjumlah RM3 juta tidak dibayar pada November.

WANITA SOKONG KUMPULAN IS DIDAKWA DI MAHKAMAH


SEPANG 31 Okt - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 5 Oktober lalu.

BONCENG MOTOSIKAL DENGAN PARANG TERTUSUK DI KEPALA !!!


“Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sejauh lebih dua kilometer,” kata Mat Tohor Ahmad, 43, bapa kepada seorang lelaki yang bertarung nyawa selepas parang melekat di mukanya dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan semalam.

POLIS TEMBAK MATI 2 PEMBERONTAK SULU

Tentera Sulu

KUALA LUMPUR 31 Okt - Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.

MILIK SIAPAKAH TENGKORAK BERUSIA 5 TAHUN TERTANAM DI TAPAK PEMBINAAN GIMNASIUM INI ???


Polis menyiasat kemungkinan berlaku pembunuhan susulan penemuan serpihan tengkorak dan tulang manusia tertanam di kawasan tapak pembinaan gimnasium dan makmal di Jalan Temerloh, Titiwangsa di sini.

HARI KE-4 RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM

anwar copy

Hari ini merupakan hari ke-4 prosiding rayuan Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang bakal menyaksikan pihak pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Shafee untuk memulakan hujah beliau. Tidak banyak yang beliau perkatakan semalam selepas pihak peguambela Anwar Ibrahim yang diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram selesai membentangkan prosiding mereka.