KOTA KINABALU: Kumpulan militan Abu Sayyaf mengugut memenggal kepala penternak ikan dalam sangkar, Chan Sai Chuin jika wang tebusan berjumlah RM3 juta tidak dibayar pada November.
"Mereka (Abu Sayyaf) memberitahu saya bahawa mereka akan menghantar kembali kepala Chan jika saya gagal membayar wang tebusan," kata Chin .
Chin, 42, berkata demikian pada sidang media di sini sambil merayu kepada kerajaan negeri dan Persekutuan supaya meningkatkan usaha untuk membebaskan suaminya.
Beliau berkata ancaman daripada penggas itu diterimanya menerusi panggilan telefon semalam.
"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya cuba untuk meminjam wang daripada keluarga dan rakan-rakan bagi mengumpul wang itu.
"Tapi berapa ramai orang boleh bagi pinjaman, saya memerlukan bantuan kerajaan," katanya.
Chan diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lalu dipercayai berada dalam keadaan selamat.
Sepupu sepapat dia Tian Chua kata itu semua konspirasi UMNO. Di cadangkan supaya bini Ah Beng tu mengadap Lim Guan Eng ker,Kit Siang ker pusing tabung kutipan kat parlimen. Bukan ada jasa apa pun si Ahbeng tu pada negara ni baik lepaskan polis yang kena kidnap tu terlebih dulu!
ReplyDelete