Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang berusia 32 tahun melahirkan anak selepas hamil hasil hubungan dengan anak lelaki majikannya yang berusia 13 tahun.
Kejadian itu sekali gus menjadikan budak terbabit bapa paling muda di Bahrain. Amah berkenaan yang kini dibicarakan di negara Teluk itu, mulanya mendakwa budak itu merogolnya tetapi kemudian menukar pengakuan selepas disoal siasat oleh polis.