Tuesday, 16 September 2014

SAYAP UMNO PERLU SEDAR DAN MENGHARGAI PERJUANGAN - DS DR. ZAMBRY


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihati setiap barisan sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengenai perjuangan parti yang seharusnya terus dikekalkan agar menjadi lebih kuat saban hari.


“Saya mulakan ucapan mesyuarat ini dengan membangkitlan persoalan yang penting iaitu mengapa kita masih berada di sini?” ulasnya.
Katanya lagi, persoalan tersebut ditujukan kepada semua ahli dan sayap parti sebagai peringatan mengenai perjuangan UMNO dan BN sehingga ke hari ini.
Katanya lagi, kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada parti untuk terus bertahan dan menjadi unggul hingga dapat memerintah negara perlu dihargai semua.
“Lantaran itu peringatan kepada ahli-ahli parti perihal persoalan besar dilontarkan supaya ia menjadi iktibar,” katanya.
Beliau berkata demikian sejurus merasmikan Mesyuarat Perwakilan Sayap UMNO Bahagian Lumut, hari ini.
“Jangan kita sesekali leka membuat persiapan kerana musuh terus merancang untuk melakukan segala bentuk rancangan untuk menyerang parti ini,” katanya.
Tambah Zambry lagi, semangat bersatu dalam setiap sayap perlu supaya setiap ahli mengetahui punca utama kejayaan yang dikecapi di Perak kini adalah disebabkan semangat sentiasa bersatu yang dipupuk.
“Era kemenangan menjadikan kita leka dan mula berpecah belah serta mengambil kesempatan menggunakan politik dalaman hingga memecahbelahkan parti,” katanya.
Ujarnya lagi, perubahan pada sikap adalah sangat penting untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.
“Mungkin semalam kita telah melakukan kebaikan dan mungkin hari ini kurang baik namun hari esok memerlukan pembaharuan untuk membaiki kelemahan tersebut,” ulas Zambry lagi.
Aspek memperkukuhkan generasi muda terutama sekali bagi sayap Pemuda, Puteri dan Wanita perlu katanya, supaya semangat untuk menjadi pejuang secara sukarela dan sepenuh hati demi parti dapat diwuujudkan.
“Jika dilihat kepada perkembangan pilihan raya di India baru-baru ini, ia digerakkan oleh golongan sukarela yang yakin dengan pemilihan golongan muda menggunakan media sosial sebagai medium,” katanya lagi.
Tegasnya, penggunaan sosial media dan peperangan politik di alam maya telah mengakibatkan perubahan landskap politik kepada negara berkenaan.
“Sayap kita juga hebat dan ia perlu diterapkan dengan elemen semangat tanggungjawab agar mereka yakin dengan perjuangan parti,” ulasnya lagi.
Katanya, setiap ahli terutama sekali generasi muda berupaya bergerak dan membantu secara sukarela melalui gerakan dalam konteks sosial media untuk mengukuhkan lagi parti apabila berhadapan pilihan raya kelak. - peraktoday

Sebelum mengakhiri ucapan perasmian tersebut,  YAB Menteri Besar Perak juga sempat menyampaikan puisi ciptaannya sendiri untuk ketiga-tiga sayap bahagian Lumut :




Terima kasih, YAB Dato Seri....

No comments:

Post a Comment