PAGOH 13 Ogos - Pakar forensik telah mengenalpasti identiti salah seorang daripada 16 mayat rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH17.
Wednesday, 13 August 2014
NAHAS #MH17 : FORENSIK KENAL PASTI MAYAT CALON PENSYARAH UKM
PAGOH 13 Ogos - Pakar forensik telah mengenalpasti identiti salah seorang daripada 16 mayat rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH17.
TANPA PEGUAM : 'PAPAGOMO' TEKAD LAWAN ANWAR DEMI KEBENARAN ???
PUTRAJAYA 13 Ogos - Individu yang didakwa sebagai penulis blog
kontroversi www.papagomo.com, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang kini
sedang berdepan dengan saman bernilai RM850 Ribu dilihat tampil di
Istana Kehakiman di sini tanpa diiringi peguam bagi menyerahkan beberapa
afidavit tambahan dan usul dokumen sokongan.
PENGASAS BERSAMA APPLE INC. MASIH HIDUP ???
Kemunculan imej lelaki berwajah mirip
pengasas bersama Apple Inc yang sudah meninggal dunia pada 2011
menimbulkan perbincangan baru mengenai kesahihan kematiannya.
Kemunculan imej menyerupai Steve Jobs itu dikesan pada satu selfie
seorang lelaki yang dimuat naik di laman sesawang Reddit.
SAIFUL BUKHARI SAMAN ANWAR IBRAHIM RM50 JUTA
KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman terhadap Ketua
Pembangkang itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes
liwatnya enam tahun lepas.
SULTAN SELANGOR PERKENAN PEMECATAN 5 EXCO
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan surat perkenan daripada Sultan
Selangor kepada beliau untuk memecat lima Exco PKR dan DAP, semalam.
Abdul Khalid berkata surat balas daripada Sultan Selangor itu
diperolehinya dua jam selepas beliau menulis kepada Tuanku berhubung
kenyataan bersama lima bekas Exco itu yang enggan bekerjasama
dengannya.
ADUN PAS HULU KLANG 'MURTAD' ...???
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib dikatakan berpaling tadah dan cuba mengingkari arahan yang diberikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Haji Hadi Awang apabila menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor Lapor Malaysian Insider....
KHALID IBRAHIM SAMAN MALAYSIAN INSIDER ???
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap portal berita Malaysian Insider
semalam kerana didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap
beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen “anti-Khalid”.
SULTAN SELANGOR ENGGAN TERIMA MENGHADAP BINI ANWAR
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.