Wednesday, 13 August 2014

KHALID IBRAHIM SAMAN MALAYSIAN INSIDER ???

 


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap portal berita Malaysian Insider semalam kerana didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen “anti-Khalid”.


Antara lain, mereka mempersoalkan penyelesaian RM70 juta pinjaman Khalid dengan Bank Islam di mana beliau telah memfailkan tuntutan balas terhadap bank itu, dan juga dalam menangani isu lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Abdul Khalid memfailkan saman itu melalui peguamnya New Sin Yew dari firma guaman Bon Advocates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif dan editornya, Jahabar Sadiq dan editor Bahasa Malaysia, Amin Shah Iskandar, sebagai defendan.

Saman itu merujuk pada tujuh laporan dalam bahasa Inggeris yang disiarkan portal tersebut:
  • ‘Going by Selangor ruler’s criteria, Khalid should quit as MB’ (July 24)
  • ‘Let Pakatan Rakyat decide Selangor MB post, not Umno’ (July 17), where the article questioned Khalid’s settlement regarding the Bank Islam’s loan;
  • ‘Selangor MB must clear the air over loan deal’ (June 9)
  • ‘Won’t Selcat look into Khalid’s deals?’ (July 4)
  • ‘Will Kidex be Khalid’s highway to hell’ (June 20)
  • ‘Is the government running scared of religious authorities?’ (June 15)
  • ‘When a tasteless and misogynist remark shows up Umno’s fear’ (July 15)
Turut dinamakan ialah The Edge Communications Sdn Bhd, yang megambilalih portal berita itu enam bulan lepas.

Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan penarikan balik artikel berkenaan.

Jahabar yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan berkata, mereka masih belum menerima tuntutan saman tersebut pada hari ini.

“TMI juga menjawab kepada surat tuntutan peguam Khalid dan akan mempertahankan apa-apa saman dengan sedaya mungkin sekiranya difailkan.

“TMI, pemiliknya dan para editor tertanya-tanya kerana terdapat laporan mengenai saman fintah kerana tiada notis yangditerima.

“Kami juga hairan kerana TMI dilihat ‘seolah-olah menjalankan kempen anti-Khalid’, seperti dilaporkan portal bertia Malahysiakini sedangkan kami berusaha meliputi segenap segi dalam isu menteri besar Selangor,” kenyataan itu dipetik.

No comments:

Post a Comment