Nairobi : Seorang pelajar buta apabila satu matanya terpaksa dibuang selepas dicederakan sekumpulan pembuli di sekolah.
Collins Kiprop, 16, dibawa ke Hospital Mata Sabatia untuk membuang bebola mata yang tertusuk serpihan paip plastik selepas dibelasah pelajar senior. Pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Terige itu mengalami kecederaan yang tidak dapat dipulihkan pada mata kirinya selepas dipukul menggunakan paip plastik.