Saturday, 26 July 2014

GEMPAR !!! TENGKU MAHKOTA SELANGOR DIDAKWA MURTAD ???!!!




Dakwaan itu semua adalah Fitnah semata-mata... 

Laman berita WorldNewsDailyReport.com adalah sebuah laman web yang menyiarkan berita-berita palsu dan cerita-cerita satira di serata dunia. Laman terkenal About.com dalam satu artikelnya "Don't Be Fooled!A Guide to Fake News Websites" turut menyenaraikan laman web WordNewsDailyReport.com sebagai sebuah laman berita palsu.



Melalui carian di twitter juga. Seorang pengguna media sosial menyatakan rasa terkejutnya terhadap berita itu kerana beliau baru sahaja terserempak dengan Raja Muda menunaikan Terawih pada 2 hari lalu!


Apa yang menarik dalam penemuan kami, WorldNewsDailyReport.com sebenarnya dimiliki oleh seorang warga berketurunan Amerika Yahudi Zionist dan berpangkalan di Tel Aviv, ibu negara Israel. Melalui maklumat itu, sudah cukup untuk kita mengesyaki motif buruk si penulis terhadap Institusi Raja yang menjadi penaung agama Islam di negara ini.


Mungkin ramai yang telah mempercayai berita karut seperti ini memandangkan ia dikeluarkan oleh sebuah laman web berbahasa Inggeris dan berasal dari Luar Negara. Namun, mentaliti seperti itu harus dibuang dan menjadi tugas kita untuk mendidik diri agar memeriksa kesahihan berita itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

UPDATE : Berita dari Istana Selangor - Tengku Muda akan bersembahyang Jumaat di Masjid Bukit Jelutong hari ini sempena Hari Pahlawan. Baginda Sultan murka dengan perkara ini dan sudah memaklumkan kepada IGP. Baginda Sultan juga akan menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab itu.


SUMBER

No comments:

Post a Comment