KUALA LUMPUR 21 Jan - Protes dan Memorandum Bantahan kepada Kedutaan Jepun yang dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini dilihat tidak mendapat sambutan dari akar umbi sayap Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu apabila hanya dihadiri 20 ahli dan penyokong.
Tuesday, 21 January 2014
MAYAT LELAKI BERJUBAH PUTIH DITEMUI DALAM PARIT USANG
KANGAR : Mayat lelaki dipercayai warga tempatan lengkap berjubah putih ditemui beberapa pekerja penyelenggaraan jalan di dalam parit usang di Jalan Sungai Batu Pahat menghala ke Kawasan Rekreasi Bukit Air di sini kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
KETAGIH WHATSAPP - ISTERI MOHON MAHKAMAH PAKSA SUAMI BERI PERHATIAN PADA KELUARGA
Manama : Seorang isteri di Yaman meminta mahkamah untuk memaksa suaminya memberi lebih perhatian kepada beliau kerana banyak masa dihabiskan dengan aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.
BINIKU BINIMU JUA - ADUN TAHAN FAIL PERMOHONAN CERAI ISTERI
Kuala
Lumpur : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd
Razak memfailkan permohonan cerai terhadap seorang wanita yang didakwa sebagai
isterinya dan mendakwa defendan sudah berkahwin lain.
FAKTA ANWAR DIUSIR DARI JEPUN
PEMBANGAKANG SEMEMANGNYA PEMBOHONG DIDALAM SEMUA PERKARA
Dibawah ini saya paparkan perundangan lengkap kerajaan Jepun bagi menerima dan menghalang kemasukan semua pelawat ke dalam negara mereka. Tidak timbul sama sekali adanya konspirasi kerajaan Malaysia dengan Jepun didalam isu ini. Siapakah Anwar Ibrahim, hanya rakyat biasa yang boleh kemana mana tanpa sekatan KECUALI ada sesuatu yang menghalang beliau berbuat demikian....
HARGA KERETA TERUS TURUN.... TERIMA KASIH KERAJAAN....
Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan, harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang 2018. Penurunan ini membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara,sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini. Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%, Nissan Sentra 13%, Proton Saga 12% dan Perodua Alza 12%. Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN,memohon rebat cukai.
( VIDEO ) - MANIKAVASAGAM CADANGKAN KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN MENTERI BESAR
SHAH ALAM : Kegagalan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menyelesaikan isu air di Selangor sehingga diserahkan kepada kerajaan pusat merupakan alasan kukuh agar Menteri Besar itu meletak jawatan.
'HERO DADAH'....... INSAF DAN HAFAZ 30 JUZUK AL-QURAN....
ZUL menceritakan semula dosa silam sebagai pengedar dadah sebelum insaf dan kini mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran. |
Sepang : “Hidayah itu milik Allah. Dulu saya seperti raja di ibu kota. Saya kaya menerusi kegiatan mengedar dadah dengan pendapatan kira-kira RM5,000 sehari, malah disebabkan prestasi jualan tinggi, saya dibekalkan pistol oleh pihak sindiket. Saya tak takut sesiapa pun.
SHAH JASZLE GAGAL GUGUR KES KHALWAT
Shah Jaszle sedang ditemu bual oleh media di luar mahkamah |
PETALING JAYA - Pelakon popular, Shah Jaszle, 26, gagal dalam permohonan rayuan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini untuk menggugurkan kes khalwatnya dengan bekas seorang kakitangan bank, Mei tahun lalu.
PELIK !!! ...... HANYA TULANG PUNGGUNG BERSELUAR DALAM SAHAJA....
ROMPIN – Seorang penduduk yang sedang berjalan-jalan di Pantai Tanjung Pahang, di sini setelah selesai memukat terkejut apabila menemui tulang punggung yang berseluar dalam di pantai itu.
MUKHRIZ SINDIR NAJIB.... ?
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyuarakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar "betul tapi tak popular" terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.