Friday, 5 December 2014
PRK KAMPUS : PRO-M UM KEHILANGAN MAJORITI ???
Oleh : AJ
Pilihanraya kampus Universiti Malaya sudah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Pro Mahasiswa UM hanya mendapat 21 kerusi sekaligus gagal mengekalkan majoriti 26 kerusi yang dimenangi oleh kumpulan berkenaan pada sesi yang lalu. Dalam masa yang sama ianya mengulangi episod kemerosotan defisit kerusi GMUM (Pro M UKM) yang hanya menang dengan kelebihan 1 Kerusi berbanding pada PRK yang lalu. Maklumat lanjut baca DI SINI
Pro M sendiri gagal mempertahankan penguasaan mutlak mereka di kerusi UMUM, kerusi yang biasa dikuasai mereka walaupun sanggup mengambil calon 'recycle' saudari Aziera Azman yang 'lompat kem' dari Penggerak ke Pro M.
Dalam PRK kali ini juga, Pro M juga kehilangan kerusi di Fakulti Pendidikan, ekoran calon mereka Muhammad Khairul Anwar Bin Kamaruddin yang berhadapan masalah akhlak yang gagal dijawab oleh Pro M. Baca DI SINI
Berlaku trend yang mengejutkan apabila buat kali pertamanya, calon bebas, saudara Aaron, berjaya mendapat kerusi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Malah, berdasarkan kepada pungutan pengundian, calon bebas tersebut jauh lebih popular berbanding Pro M dan Penggerak.
Selain itu, buat kali pertamanya Progressif Mahasiswa tampil bertanding dalam Pilihanraya Kampus UM. Dengan memfokuskan kepada penguasaan di Fakulti Undang-Undang, Progresif UM berjaya mendapat 1 kerusi walaupun kali pertama bertanding dalam PRK UM. Sekaligus memecahkan penguasaan calon BEBAS yang selama ini menguasai fakulti tersebut.
Sedikit penambahan mengenai Progresif Mahasiswa. Kumpulan ini merupakan satu kumpulan yang ditubuhkan yang mempunyai identiti yang hampir sama dengan Pro M UM. Namun disebabkan 'kepayahan' Pro M menembusi fakulti undang-undang, maka satu kumpulan baru ditubuhkan dengan identiti baru. Boleh dikatakan, Progresif UM ini adalah kader terfokus PKR, manakala PRO M pula adalah Kader Pakatan ditunjangi PAS.
Kesimpulannya, pilihanraya kampus kali ini menyaksikan trend penyusutan penguasaan Pro Mahasiswa di kampus-kampus pro pembangkang. Adakah pada masa hadapan trend ini terus berlansung? Kita tunggu dan lihat. SUMBER : penaminang
No comments:
Post a Comment