Friday, 26 December 2014

PERDANA MENTERI TAMATKAN PERCUTIAN DAN BERGEGAS PULANG KE TANAHAIR



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan untuk menamatkan cuti di luar negara dan akan bergegas terus ke Kelantan sebaik tiba di tanah air.



Semalam viral di media sosial gambar Perdana Menteri bermain golf bersama Berrack Obama, Presiden USA dikala rakyat Malaysia sedang berduka dengan musibah banjir yang semakin memburuk dan bilangan mangsa yang dipindahkan semakin meningkat terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.


Macam biasa berduyun-duyun la netizen terutamanya puak2 pembangkang mengutuk sakan berdasarkan gambar tersebut yang disiarkan oleh The Washington Post.

The Washington Post pada Khamis melaporkan, Najib antara empat orang termasuk petugas Rumah Putih, Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama ketika pemimpin nombor satu kuasa besar dunia itu sedang bercuti bersama keluarganya.
Tahun lalu, Obama bermain golf bersama Perdana Menteri New Zealand, John Key.
Dilaporkan juga jemputan itu bagi mengukuhkan hubungan kerja yang lebih baik dengan Najib, selepas mengadakan lawatan julung-julung kali ke Malaysia pada April lalu.
Kemungkinan juga, kedua-dua pemimpin berkenaan turut mengadakan perbincangan dengan lebih mendalam berhuung dasar luar untuk manfaat kedua-dua negara.
Rumah Putih dalam kenyataan yang dikeluarkan menyebut: "Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk berbincang bagi mengukuhkan hubungan antara Amerika dan Malaysia.
"Presiden juga berharap dapat terus bekerjasama dengan Perdana Menteri Najib pada 2015, semasa Malaysia mempengerusikan Asean."
Sepanjang sesi riadah itu, wakil media turut dibenarkan menghampiri lubang ke-18 dimana kedua-dua pemimpin itu dilihat melepasi sasaran ketika melakukan pukulan masing-masing.
Kemesraan keduanya jelas kelihatan apabila Obama menepuk bahu Najib seolah-olah menenangkan Perdana Menteri Malaysia itu.

No comments:

Post a Comment