Monday, 29 December 2014

MAKLUMAT PALSU : PENGARAH HOSPITAL KUALA KRI SAHKAN TIADA KEMATIAN


KUALA LUMPUR 29 Dis - Media sosial terus dijadikan platform untuk pengguna menyebarkan khabar berita palsu terutamanya tentang kesan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia kini.



Terbaru adalah perkongsian whatsapp yang mula viral sejak beberapa hari lalu.

Pada sebaran whatsapp berkenaan, 40 mayat dikatakan bergelimpangan di Hospital Kuala Krai kesan daripada banjir dan juga akibat kekangan peralatan di hospital berkenaan.
 
Sebaran melalui whatsapp menceritakan detik cemas penuh dramatik bagi menyakinkan pengguna lain agar terus menyebarkan maklumat palsu ini.


Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar luas melalui whatsapp itu.

Penafian itu dinyatakan beliau menerusi laporan di saluran Astro Awani hari ini.

"Saya ingin membuat penafian dalam media sosial yang mengatakan bahawa ada 40 mayat yang bergelimpangan di Kuala Krai akibat kekurangan oksigen & kekangan peralatan hospital.

"Saya ingin membuat penafian bahawa setakat hari ke-6, tiada satu kematian pun di Hospital Kuala Krai!", tegas Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment