Tuesday, 16 December 2014

LESEN MEMANCING BUKAN SAJE UNDANG-UNDANG TIDAK MASUK AKAL.. YANG MENCADANGKANNYA TU AKAI KAT KEPALA LUTUT !!!


PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) --  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk  Seri   Ismail Sabri hari ini membatalkan serta merta cadangan Jabatan Perikanan untuk melesenkan pemancing ikan.


Beliau  berkata walaupun peraturan itu selaras garis panduan Food and Agriculture  Organisation   (FAO)  dan diguna pakai  di banyak  negara  namun mendapati belum sampai masa peraturan itu dikuatkuasakan di negara ini.

Peraturan melesenkan pemancing itu katanya, telah di luluskan drafnya oleh Jabatan Peguam  Negara pada 2012.

"Buat masa ini Jabatan Perikanan  sedang mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan sebelum cadangan tersebut di bawa ke peringkat kementerian untuk tindakan  lanjut," katanya  kepada  Bernama  di  sini  hari  ini.

Isu berkenaan menjadi viral di laman sosial terutamanya laman sosial milik peminat dan kaki pancing yang merasakan langkah memperkenalkan lesen kepada pemancing ikan adalah tidak wajar.

Difahamkan, langkah memperkenalkan lesen memancing bertujuan mengawal populasi ikan serta mengelakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pengeboman ikan.

Beliau berpandangan jika tujuannya untuk mengelakkan aktiviti menyalahi undang-undang  seperti  pengeboman dan lain-lain, jabatan telah mempunyai undang-undang  dan peraturan mengenainya yang penting adalah cara perlaksanaannya.

Jelas Ismail Sabri beliau hanya mengetahui  berhubung cadangan itu malam tadi menerusi satu posting yang dihantar ke laman sosial facebook  miliknya.

"Sebenarnya saya tidak tahu tentang cadangan peraturan itu dan saya sendiri  terkejut  selepas membaca posting di laman sosial facebook.

"Peraturan  itu tidak munasabah dan telah mengarahkan supaya  cadangan itu dibatalkan serta merta," katanya.

Aktiviti memancing juga adalah satu aktiviti sukan dan hobi malah ada juga terlibat dengan memancing adalah nelayan miskin di Zon A  tentu pengambilan lesen akan menyusahkan mereka  - -  BERNAMA


No comments:

Post a Comment