Friday, 12 December 2014

ISLAM ANWAR IBRAHIM KINI HANYA PADA NAMA SAHAJA.. ???


Penarikan darjah kebesaran gelaran Datuk Seri oleh Sultan Selangor pada 3 November lalu membuatkan Ketua Umum Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin celaru dan berserabut pemikirannya.


Ini kerana, sudah sekian lama isu kalimah Allah SWT tidak dibangkitkan, namun, selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat keputusan penarikan darjah kebesaran itu, secara tiba-tiba Anwar mengingatkan kembali isu yang amat sensitif kepada umat Islam ini.

Dalam ceramah beliau yang dijalankan dalam program Hak Asasi Manusia anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) malam ini, Anwar memberitahu kepada umum tiada sesiapa yang boleh menghalang sesiapa pun untuk menggunakan kalimah Allah SWT.

Katanya dengan menegaskan mengenai hak, pihak berkuasa atau orang Islam juga di negara ini tidak ada hak untuk menghalang mana-mana individu menggunakan kalimah berkenaan.

Ternyata, Anwar sekali lagi mahu menimbulkan keadaan dan situasi tegang dalam negara ini selepas umat Islam di Semenanjung Malaysia bergelut dalam kes di mana Mahkamah Persekutuan sudah pun menolak permohonan Gereja Katolik Malaysia mengenai rayuan mereka terhadap larangan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar terbitannya, Herald.

Nampaknya, kesan dari perbuatan beliau yang mengambil remeh bersabit perkara mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam sejak tahun 2013 tidak langsung memberikan sebarang kesan kepada dirinya.

Tindakannya mengeluarkan kenyataan dan memberikan pandangan mengenai kalimah Allah SWT setelah lama ia berlalu menunjukkan semakin berani Anwar mencabar titah Sultan Selangor hatta permintaan umat Islam di negara ini apatah lagi sudah tidak mempedulikan nasihat dan peraturan dari pihak yang lebih berkuasa.

Matlamat Pakatan Rakyat sendiri yang menyatakan parti mereka berpandangan perjuangan membenarkan orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah SWT adalah untuk menegak makruf dan mencegah mungkar agar rakyat menjadi lebih mudah dan selesa adalah tidak berasas sama sekali.

Untuk itu, Anwar makin ligat pula untuk terus mencipta kontroversi dan kekecohan selepas senyap dek kerana kes-kes mahkamah yang beliau terlibat.

Dalam isu ini, Anwar seharusnya sedar kerana beliau semakin tidak menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Ia tidak lain tidak bukan akibat hilangnya rasa peduli terhadap perasaan dan pendirian orang lain terutamanya berkaitan agama Islam.

Jangan spin tajuk atas tu ye... tanya je tau.....

No comments:

Post a Comment