Wednesday, 3 December 2014

ISIS PERDAYA RAMAI WARGA ASING .... ???


MUMBAI – Seorang pemuda yang beria-ia untuk berjihad dengan kumpulan militan negara Iraq dan Syria (ISIS) hingga sanggup terbang ke Iraq, akhirnya lari balik ke kampungnya selepas tidak tahan kerana disuruh mencuci tandas.

Ternyata sangkaan Areeb Majeed, 23, yang juga pelajar kejuruteraan bahawa dia akan berperang bersama-sama ISIS adalah meleset sama sekali.

Sebaliknya Areeb hanya disuruh melakukan kerja-kerja harian dan dia semakin tertekan apabila iPod miliknya tidak lagi berfungsi selain cuaca sejuk yang melampau.

Areeb akhirnya pulang ke Mumbai untuk bersama semula keluarganya, Jumaat lalu.

Dia bagaimanapun ditangkap Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA).

Semasa disoal siasat, Areeb memberitahu ISIS telah meminggirkannya hingga menyebabkan dia menghubungi ahli keluarganya dan memaklumkan mahu pulang.

Areeb turut memberitahu dia juga tidak mendapat rawatan perubatan yang sempurna ketika bersama ISIS.

“Saya terkena peluru sesat dan hanya selepas saya merayu barulah mereka menghantar saya ke hospital,’’ katanya.

Areeb tidak keseorangan malah terdapat ramai warga asing yang berjuang bersama IS merasakan mereka telah ditipu.

Mereka kini sedang bekerjasama dengan peguam-peguam dari Perancis yang mengumpul mesej dan surat yang dihantar untuk membuktikan bahawa mereka telah diperdayakan.


AGAKNYA.... warga asing yang dimaksudkan oleh  Areeb tu termasuk warga Malaysia ke?

No comments:

Post a Comment