Monday, 1 December 2014

IKAN TILAPIA BABI LA PULAK .. !!!



Julai yang lalu, heboh dikatakan ikan patin yang diternak di Perak diberi makan bangkai babi berikutan penemuan tulang-tulang babi dalam kolam ikan patin yang pecah. Lihat kisahnya DI SINI.




TERKINI,  tersebar pula dakwaan terbaru yang mengatakan seorang penternak ikan memberikan bangkai babi sebagai makanan kepada ikan talapianya di sebuah kolam.



Menurut sumber, lokasi dalam gambar adalah di Bukit Redang Panjang, Ijok Selama Perak. 




Dakwa sumber, objek terapung di tengah-tengah kolam tersebut diletakkan bangkai binatang dan dibiarkan berulat. Ulat-ulat yang keluar dari bangkai babi itu akan merayap dan jatuh ke dalam kolam yang menjadi sumber makanan kepada ikan talapia.

Jika benar dakwaan ini, elakkan makan ikan talapia buat masa ini sehingga JAIP mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap dakwaan ini. - MY MEDIA HUB

No comments:

Post a Comment