Friday, 5 December 2014

'IBLIS LAUT' DITEMUI


KUALA LUMPUR 5 Dis - Institut Kajian Akuaria Teluk Monterey (MBARI) menemui spesies ikan ‘The Black Seadevil’ atau iblis laut yang dilaporkan hidupan laut yang dikesan di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik pada November lalu.

Laporan berita SFGate berkata, spesies yang berukuran lapan sentimeter ini bagaimanapun masih dalam kajian kerana timbul keraguan terhadap hidupan yang amat jarang ditemui ini.



Penyelidik MBARI turut  berkesempatan merakamkan video berdurasi lebih 10 saat untuk mendedahkan hidupan tersebut kepada masyarakat.

Sementara itu, Ketua kumpulan penyelidik, Bruce Robinson berkata, penemuan tersebut dilakukan pada kedalaman 1,900 kaki daripada permukaan laut.

“Ia merupakan kali pertama pihak kami berjaya merakamkan hidupan tersebut di habitatnya, spesies ini adalah antara yang paling jarang ditemui  di semua kawasan laut dalam,” katanya.


Iblis laut pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut yang lain.
Ikan ini didakwa mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut.

Ianya juga dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus.

Spesies ikan menggerunkan ini mula dikenali menerusi salah satu  watak yang dimainkan dalam filem animasi Finding Nemo pada tahun 2003.

No comments:

Post a Comment