Wednesday, 3 December 2014

HEBAT SANGATKAH ADNAN YAAKOB SAMAN UTUSAN MALAYSIA RM15 JUTA ???


KUALA LUMPUR 3 Dis - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilaporkan mengambil keputusan untuk memfailkan writ saman RM15 Juta terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung kolum Awang Selamat "Hebat Sangatkah Adnan?'.

Peguam kanan Manjeet Singh Dhillon, berkata, tindakan tersebut diputuskan setelah mendapati tiada permohonan maaf yang diterima dari akhbar itu kepada pihak Menteri Besar Pahang.

"Saya telah menerima arahan untuk memfailkan writ (saman) dalam beberapa hari lagi," katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Kolum tersebut didakwa satu serangan terhadap komen Adnan berkaitan kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands yang menggambarkan Adnan seorang Menteri Besar yang tidak mempunyai integriti, gagal dalam tugasnya, dan seorang yang sombong dan menolak sebarang bentuk kritikan.

Adnan menuntut Utusan menyiarkan permohonan maaf di muka depan kerana didakwa membayangkan Adnan telah terlajak tempohnya menjadi menteri besar.

Beliau mendakwa artikel tersebut  tohmahan yang telah menimbul ejekan dan kebencian awam terhadapnya.


Kalau tak boleh dikritik... bukankah itu memang sombong ???


No comments:

Post a Comment