Friday, 19 December 2014

BEKAS JURULATIH PLKN MAHU SERTAI IS TAK SEMPAT KAHWIN KENA TAHAN POLIS


Bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditahan polis kerana terbabit dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) pagi kelmarin dikatakan tidak sempat untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru.


Suspek berusia 30 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Brunei untuk berkahwin sebelum merancang menyertai IS di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek lelaki yang berasal dari Terengganu itu akan berlepas ke Syria selepas berkahwin dengan wanita pilihannya itu.

Bagaimanapun hasratnya itu gagal selepas suspek berjaya ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada jam 5.30 pagi kelmarin.

Menurut Khalid, siasatan mendapati suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS di Syria selepas berkomunikasi dengan beberapa rakyat Malaysia di sana melalui laman sosial Facebook.

Sumber : HMetro

No comments:

Post a Comment