Sunday, 21 December 2014

'AMUKAN' DATUK ROSYAM NOR, KEDAI PERMAINAN HAMLEY'S TAMPIL MOHON MAAF


Semalam viral di media sosial Twitter isu Datuk Rosyam Nor mengamuk gara-gara tidak berpuas hati dengan satu premis perniagaan ‘Toy Shop’ Hamleys  kerana meminta anak gadisnya untuk membuka tudung jika mahu bekerja di situ.


Akibat terlalu kecewa  dengan tindakan pihak  premis tersebut, Pengarah, Penerbit dan Pelakon terkenal itu  sampai melarang orang lain untuk pergi ke premis Hamleys yang bertapak di One Utama. 

Hari ini, setelah menyedari kekalutan dan 'amukan' tersebut, pihak pengurusan Hamleys tampil dengan kenyataan memohon maaf.


Dalam kenyataan tersebut, Hamleys turut memberi penjelasan bahawa tiada sebarang polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung.

Pada Khamis, Rosyam melalui laman Twitter telah meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut.

Perkara ini telah mendapat perhatian Pergerakan Puteri Umno yang turut mengecam perkara tersebut.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata sikap diskriminasi dan rasis terhadap pekerja wanita yang bertudung tidak seharusnya wujud dalam negara yang sedang berusaha mencapai status negara maju dan abad ke-21.

Syarikat yang terletak di pusat beli belah One Utama itu mengakui bahawa isu tersebut tercetus apabila salah seorang pekerjanya telah mengambil tindakan sendiri iaitu luar dari polisi syarikat.

Sehubungan itu, Hamleys memberitahu tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja tersebut.

No comments:

Post a Comment