Tuesday, 23 December 2014

AMARAN BANJIR DI SEPANJANG SUNGAI PERAK, 4 EMPANGAN LEPASKAN AIR


Info dr Jabatan Bomba & Penyelamat :
Empangan Chenderoh akan dibuka dan air akan di lepaskan kerana kebimbangan Empangan akan pecah jika tidak berbuat demikian. 





Makluman, air Ampangan Temenggur, Bersia, Kenering dan Chenderoh telah dilepaskan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM ) Teluk Intan dlm keadaan siap siaga.




3 Gambar - Keadaan air di Sg. Perak, Kuala Kangsar.

Laporan terkini dari TNB menyatakan bahawa mereka telah melepaskan air begitu banyak. Mohon semua daerah terlibat bersedia . Banjir akan berlaku disepanjang Sg. Perak.

Bagi penduduk sekitar kawasan tepian sungai hendaklah berjaga2 terutama jika hujan lebat. Risiko jika Empangan Chenderoh pecah ialah sejarah banjir besar di Kuala Kangsar hingga menenggelamkn jam besar di pekan Kuala Kangsar akan berulang. 



Sila maklum ahli kluarga dan ank2 kita supaya tidak leka bermain dtepian sungai dan kawasan2 yg sewaktu dengannya jika anda sayangkan mereka. Cuti semua anggota bomba juga telah dibekukan dan tempoh bertugas dilanjutkan dari 12 jam kepada 24 jam sehari sebagai langkah berjaga2. Namun kerjasama srmua pihak amat dititik beratkan bagi mngelakkan berlaku perkara yg tidak diingini. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment