Sunday, 21 December 2014

AL-FATIHAH : ANAK BEKAS MB SELANGOR MENINGGAL DUNIA SERANGAN JANTUNG


SHAH ALAM : Anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Hasri Abu Hassan meninggal dunia kerana serangan jantung, malam tadi (semalam).

Menurut kakak sulungnya, Datin Hasnoradah Abu Hassan, Allahyarham yang berusia 45 tahun meninggal dunia kira-kira 11.30 malam di kediamannya di Kota Kemuning di sini.

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning petang ini selepas solat Asar.

Hasnoradah berkata, keluarganya sedang menunggu ketibaan Tan Sri Abu Hassan Omar dari luar negara.

Mohd Hasri, anak ketiga daripada lima beradik, meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan.

Tan Sri Abu Hassan Omar (gambar) adalah Menteri Besar Selangor ke-12 dari 1997 hingga 2000.  Mengambil alih tugas dari Tan Sri Muhammad bin Hj Muhd Taib.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment