Thursday, 27 November 2014

PEMAIN KRIKET MAUT TERKENA PUKULAN BOLA

alt

SYDNEY 27 Nov - Pemain kriket Australia, Phillip Hughes meninggal dunia hari ini selepas parah di kepala akibat pukulan bola yang kuat ketika pasukannya, South Australia bertemu New South Wales dalam liga domestik, Selasa lalu.

"Ia tugas saya untuk memaklumkan bahawa Phillip Hughes sudah meninggal dunia," kata doktor pasukan kriket Australia, Dr Peter Brukner dalam satu kenyataan.

Hughes, seorang pembaling bola atau 'batsman' meninggal dunia dalam usia 25 tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment