Friday, 28 November 2014

#PAU2014 : WAKIL MAHASISWA LANTANG MENYATAKAN PROGRAM UMNO 'SYOK SENDIRI' !!!


Kepetahan dan kebijaksaan Nur Farhana Mohd Anuar ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2014, yang memasuki hari kedua hari ini, “menambat hati” Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin.


Penuntut tahun kelima First Moscow State Medical University, Rusia, itu ‘mencuri’ hati Badruddin apabila menyelitkan bahasa Rusia dalam perbahasannya dan setiap kali itu juga terpaksa mengucapkan ‘mohon izin pengerusi’ selepas diingatkan beberapa kali bahawa perbahasan mestilah dalam bahasa Melayu.

Badruddin juga beberapa kali mengajukan perkataan tertentu kepada Nur Farhana untuk mengetahui maksudnya dalam bahasa Rusia dan bila cuba menyebutnya, seluruh hadirin di dalam dewan tertawa kerana sebutan dan bunyi Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan itu kedengaran pelik serta melucukan.

Dalam perbahasannya selama 15 minit, Nur Farhana dengan lantang berkata Umno tidak boleh berbangga dengan jumlah anggota yang ramai iaitu 3.47 juta orang kerana belum tentu semua anggota itu adalah ‘orang Umno’.

“Anggota Umno sepatutnya menjadi ‘orang Umno’ yang akan berjuang demi bangsa, agama dan negara,” katanya ketika berucap di hadapan perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Wakil Kelab Umno Luar Negara Moscow itu menarik perhatian apabila menyatakan program anjuran Umno terlalu ‘syok sendiri’, stereotaip, kurang mesra golongan muda, tidak strategik kerana kebanyakannya dianjurkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan program tahunan.

“Ramai mahasiswa muda mempunyai persepsi bahawa Umno tidak mempunyai idea yang segar dan tiada idea baharu, matlamat serta perjuangan parti juga semakin pudar,” katanya.

Selesai sahaja perbahasan gadis itu, Badruddin memuji Nur Farhana yang menurutnya berucap dengan penuh beradat serta beradab dan mahu jurucakap yang lain mencontohinya.

“(Nur Farhana) memang terror (hebat)… tak rugi mai (datang) walaupun belajar di Rusia tapi mampu bercakap bahasa Melayu dengan fasih.

“Itulah perjuangan dan mereka inilah pelapis akan datang,” katanya dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Ketika ditemui Bernama, Nur Farhana berkata bagi mendekatkan orang muda dengan Umno dan meremajakan parti keramat orang Melayu itu, Umno perlu mengadakan program bersifat interaktif, termasuk menggunakan media sosial, selaras dengan ‘hyperconnectivity’ atau kesalinghubungan digital yang ditekankan Umno.

Beliau turut mencadangkan agar laman web Umno dan kerajaan direka dengan ringkas supaya mudah diakses walaupun sekadar menggunakan telefon bimbit manakala semua dasar diterangkan menggunakan grafik supaya anak muda dapat memahaminya dengan mudah.

BERIKUT INTIPATI UCAPAN NUR FARHANA  :


Wakil Mahasiswa
NUR FARHANA MOHD. ANUAR
Kelab UMNO Moscow, Rusia
Pengendalian tragedi MH370 dan MH17. Di luar orang sudah kenal Malaysia.

Isu:

1-Trend sokongan orang muda. Pola pengundian tidak berpihak kepada kita. Majoriti anak muda keliru dan berpihak kepada pembangkang.

Persepsi: UMNO parti tidak relevan dan dipenuhi orang lama.

Tidak fresh dengan idea baru. Matlamat dan perjuangan parti semakin pudar.
Ramai ahli UMNO tapi bukan ahli UMNO yang berdaftar. Orang UMNO akan perjuangkan agenda UMNO.
Bosan dengan lambakan program bersifat streotaip.

Cadangan bagaimana meremajakan UMNO:

1-Pastikan penglibatan golongan mahasiswa, akar umbi ke peringkat kepimpinan tertinggi UMNO. Generasi Gen-Y tonggak nadi peneraju pimpinan masa depan. Dapat pendedahan awal lanskap politik negara.

KPI diperkenalkan-peremajaan UMNO untuk menilai sejauh mana serius pelaksanaan.

Tak semestinya peremajaan ini melibatkan orang lama.

Perjalanan seribu batu ini bermula dengan langkah pertama.

Pemimpin negara harus guna platform agar seimbang kehidupan peribadi dan polisi kerajaan. Supaya dapat rasa dekat dengan pemimpin negara.

Isu ketersambungan hiper – aplikasi IT UMNO. Salam hi boleh bertukar maklumat tanpa kad perniagaan. 

Masyarakat umumnya nak maklumat pantas dalam penyebaran berita, baik yang benar atau palsu. 

Persepsi berulangan akan diterima pakai walaupun pada hakikatnya, ia berita palsu.

Itulah penyebaran dakyah disebarkan oleh blog-blog pembangkang.

Sedihnya, lambat diserang balas oleh blog UMNO. Kami sedia jadi Young Bloggers daripada terus diperlekehkan oleh media sosial pembangkang.

Perang siber, kita jangan kalah tapi serang secara pro-aktif.

Respons yang efisyen, tepat, ketelusan maklumat dan bukan spin off. Maklumat yang sahih. Pembangkang sebar dakyah palsu. Kita perlu ada integriti. Di sini kita guna Akta Hasutan.

Laman web kerajaan terbelakang. Dengan mudah kena push up. Jadikan laman web kerajaan lebih mesra pengguna, menarik. Semua nak maklumat ringkas, grafik informatif, video menarik.

UMNO tetap parti kuat. Jangan anggap UMNO telah lemah. Kita sangat kuat dengan ahli 3.5 juta, 68 tahun.

175,000 sahaja ahli parti di United Kingdom. Jadi, kenapa kita perlu takut dan rasa rendah diri dengan pembangkang? Kita terperangkap dengan permainan jahat pembangkang. Mereka guna
reverse psikologi.

Pembangkang takut dengan solidariti, keupayaan UMNO dan BN. Kalau kita pecah, lemah, bercakaran sesama sendiri, itu yang pembangkang lakukan.

Tolak tepi ego dan persengketaan sesama kita.

No comments:

Post a Comment