Saturday, 8 November 2014

IMEJ POCONG DI LALUAN BILIK MAYAT HOSPITAL


KULIM – Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berupa pocong berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.


Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.

Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong si laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.

“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej (pocong) sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment