Sunday, 23 November 2014

BUKTI RAFIZI BUTA MATEMATIK DAN SPIN FAKTA !!!


Apabila kerajaan menggunakan Automatic Pricing Mechanisme (APM) terhadap harga RON95 & diesel menjelang 1 Disember 2014 nanti, secara tidak langsung harga RON 95 pada ketika ini RM 2.30 akan mengikut pasaran harga dunia pada ketika itu.


Dalam keadaan harga minyak (RON 95) konsisen mengalami penurunan (sejak beberapa bulan) sehingga RM 2.27 (sekarang), maka beberapa andaian boleh dibuat:-

(i) Harga (RON95) KEKAL RM 2.27 dan rakyat tidak perlu membayar RM2.30/Liter. Kerajaan BIJAK rakyat UNTUNG RM0.03/liter kan?

(ii) Harga (RON95) MENURUN sehingga RM 2.20 dan rakyat tak perlu membayar RM2.30. Kerajaan bijak rakyat UNTUNG RM0.10/Liter kan?

(iii) Harga (RON95) MENAIK sehingga RM 2.35 sen tetapi kerajaan tidak menaikkan sehingga RM2.35 sen melainkan menyerap kenaikan harga tersebut dalam bentuk subsidi kepada rakyat atau pemberian-pemberian insentif lain seperti rebat dan sebagainya. Kerajaan BIJAK rakyat UNTUNGkan?

Saya harap ia suatu contoh yang mudah.

Berbanding dengan cadangan YB Rafizi Ramli yang sebelumnya mahu supaya harga minyak mengikut pasaran dunia, maka tindakan kerajaan ini sebenarnya telah berbulan-bulan dikaji dan diharapkan memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan pakatan haram.

Malangnya, tindakan yang bijak ini disanggah dengan mahukan harga syiling pula? Inilah suatu prinsip politik yang senantiasa berubah apabila sesuatu tindakan kerajaan memihak kepada rakyat yang ada pada pakatan haram.

Penetapan harga minyak pada kadar harga syiling sebenarnya tidak melindungi kepentingan syarikat petroleum nasional Petronas kerana ia akan bersaing dengan gergasi-gergasi kapitalis minyak dunia yang didokong oleh kerajaan-kerajaan kapitalis zionis.

Bayangkan hanya seorang George Soros mampu meranapkan ekonomi Asia Timur pada Jul97/98, inikan pula jika wujudkan serangan besar-besaran syarikat-syarikat petroleum dokongan negara-negara kapitalis zionia dan sekutu negara-negara Arab mereka?

Penetapan harga syiing untuk barangan kawalan dan keperluan asas yang lain tentu tak sama dengan penetapan harga syiling petroleum dan bahan bakar dunia.

Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010. 

Rujuk apa fakta dibawah:



Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.


Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.


Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.


Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.


Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini.

Sumber  :  pecah-palak-mikir

No comments:

Post a Comment