Wednesday, 5 November 2014

AMALAN MAKAN DAGING MENTAH : LELAKI ARAB 62 KALI BERKAHWIN, 5 KALI SENGGAMA SETIAP HARI ... !!!


Tu dia aihh.... sehari 24 jam... bayangkan 'hubungan intim' 5 kali sehari !!!  Bermakna setiap 5 jam beliau akan 'beraksi'... Tokeh minyak agaknya.... Tak perlu kerja, duit berkepok2 dalam bank ! He..he... he.... 


Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah.

Lelaki itu yang namanya bermakna ‘bapa kekuatan’ dalam bahasa Melayu berkata, dia tidur dengan isterinya lima kali sehari dan hidup dengan makan daging mentah serta ikan dengan tulangnya sekali.

Ketika muncul dalam rancangan terbitan rangkaian televisyen Al Hayat, semalam, Abu Shadeed dan beberapa anaknya mengejutkan penonton apabila mereka makan rumput.

“Saya makan rumput hanya untuk membuka selera. Makan seharian saya ialah daging mentah dan ikan, yang saya makan dengan tulangnya sekali. Saya juga boleh makan arang yang masih terbakar,” katanya

Menurutnya, dia ketika ini mempunyai tiga isteri selepas menceraikan yang keempat atas alasan wanita itu menyokong Ikhwanul Muslimin.

“Saya sudah berkahwin 62 kali. Kebanyakan mereka berkahwin dengan saya kerana tenaga luar biasa saya. Saya tidur dengan isteri saya lima kali sehari.

“Saya tidak ambil ubat perangsang atau dadah. Kekuatan saya adalah anugerah Tuhan.
“Saya kini merancang mencari isteri keempat dan dia perlu langsing serta berkulit sawo matang,” katanya
- Agensi

Senang le idup bini2nya... tak payah susah2 nak cari resepi ... hidang je yang mentah2 belaka... Tak perlu beli sayuran... rumput free kat kebun berlambak2.... ishhhh !!!

No comments:

Post a Comment