Thursday, 30 October 2014

PENGASUH IKAT KAKI DAN TANGAN KANAK-KANAK LELAKI 3 TAHUN


SEBAGAI ibubapa pastinya anda seorang yang pengasih dan penyayang terhadap anak-anak.... Kita rela berpanas-hujan... bertungkus-lumus tidak kira masa ....mencari rezeki demi kelangsungan hidup dan masa depan anak-anak.  TETAPI apa perasaan anda jika anak yang anda sayangi dan kasihi sepenuh hati diperlakukan seperti gambar di atas oleh pengasuh yang kita percayai........???!!!!!


KEPALA BATAS - Seorang wanita yang membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh anaknya terkejut apabila mendapati anak lelakinya berusia tiga tahun terbaring di atas lantai dengan tangan dan kaki diikat.
Wanita yang bekerja kilang itu mengambil keputusan membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh di Flat Taman Seri Pinang di sini semalam, setelah mendakwa sejak kebelakangan ini anaknya sentiasa dalam keadaan lapar apabila diambil daripada rumah pengasuh.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kanak-kanak itu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak Jun tahun lalu dan sebelum ini ibu kanak-kanak itu mendakwa tiada sebarang masalah dengan pengasuh berkenaan.
“Menurut ibu kanak-kanak itu, anaknya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan pada pukul 5.30 pagi semalam dan kira-kira lima jam kemudian dia pergi ke rumah pengasuh itu untuk melihat keadaan anaknya.
“Dia melihat anaknya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan kaki turut diikat terbaring di atas lantai. Ketika itu hanya anak pengasuh yang berusia 11 tahun berada di rumah,” katanya.
Abdul Rahman berkata, pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak itu tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam di badannya. - Bernama

No comments:

Post a Comment