Wednesday, 29 October 2014

FAKTA ISA 1960 YANG PERLU RAKYAT TAHU


ISA 1960 atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

Diperkenan DYMM SPBYDPA pada tahun1960. Pindaan pada tahun 1988 berkaitan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1955.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah seperti berikut :


1. Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara. 
2. Dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik. 
3. Bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi. 
4. Hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. 
5. ISA adalah undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme/keganasan. 
6. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.  
7. Ia adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama. 
8. ISA juga berjaya memberikan keinsafan kepada beberapa tahanan agar terus mencintai negara. Akta ini juga menyelamatkan bukan sahaja bakal mangsa, malah individu berpotensi ganas daripada terjebak dalam kancah keganasan. 
9. Bukan satu undang-undang draconian tetapi mengandungi peraturan-peraturan yang memelihara hak tahanan.      
     
10. Sebagai sebuah negara majmuk ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang mudah memusnahkan kaum dan negara.  
 
11. Ia juga untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat kerana jika dibiarkan bebas nyawanya akan terancam. 

Sehingga tahun 2011, apabila ISA 1960 dimansuhkan YAB PM; DS Mohd Najib yang dimulakan mantan PM; DS Abdulah Badawi, tidak lebih dari 130 orang tahanan yang ditempatkan di Penjara Kamunting sejaka tahun 1960.

Kesalahan melibatkan  Agen perisik asing, Pemalsuan paspot rakyat China, Pemalsuan dokumen pengenalan, Pemalsuan wang syiling RM1, Penyeludupan pendatang asing tanpa izin dan banyak lagi kesalahan termasuk menggangotai Kumpulan Haram dan bersenjata dan ramai juga ahli politik baik dari Pembangkang mahupun penyokong Kerajaan.

Kerajaan Amerika Syarikat paling lantang mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan peruntukan ISA. Pada tahun 2001 Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." 

Namun pada 2004, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot sehingga Amerika bebas memberkas bakal penjenayah di luar jajahannya.

Dengan pemansuhan ISA 1960, beratus Akta Jenayah telah dimandulkan, sedangkan ia adalah selarikan dengan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Malangnya, segala usaha PDRM menbendung jenayah mengakibatkan Ketua Gengster yang kejam dan licik dibawah tahanan ISA, turut dibebaskan dan kini bergelar Dato Seri...dengan hasil perniagaan yang diputihkan...

No comments:

Post a Comment