Monday, 27 October 2014

ANWAR IBRAHIM SANGAT TERDESAK UNTUK TIDAK DIPENJARAKAN !!!


ATAU


PELBAGAI strategi telah dicuba..... masih mencuba dan akan terus dicuba agar dirinya tidak dipenjarakan selepas 28 Oktober ini.... Adakah sehingga terpaksa menggunakan khidmat bekas hakim atau pun akan menghubungi SESEORANG yang sangat berpengaruh dalam kepimpinan kerajaan demi untuk membebaskannya dari dipenjarakan ??? Sama-sama kita nantikan....


ESOK (28/10/2014)  kes liwat Ketua Pembangkang ke atas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Rayuan akan menjadi tumpuan ramai. Jika rayuannya ditolak mahkamah, beliau akan dipenjarakan sekurang-kurangnya lima tahun. Kali ini Australia menolak untuk campur tangan; apabila dulunya Turki cuba digunakan. Dunia makin mengenali siapa sebenarnya Anwar.

KEMPEN Rakyat Hakim Negara (slogan 2008) tidak mendapat sambutan. Mahkamah dipolitikkan begitu dahsyat.

Belum pun ada keputusan Mahkamah Rayuan, Anwar sudah pukul canang mendakwa beliau tidak bersalah tetapi bakal dijatuhi hukuman. TAHNIAH kepada beliau kerana terus menjadi pelakon sandiwara yang hebat.

ESOK juga berlangsung perbicaraan membabitkan Presiden Pas, Hadi Awang yang disaman oleh orang PKR. Dikatakan ramai ahli Pas komited untuk hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu tanda sokongan kepada Hadi. Kesetiaan setiap ahli Pas sedang diuji; kerana terdapat pemimpin pro-Anwar dalam parti itu menghasut akar umbi untuk hadir menyokong Anwar – bukannya Hadi.

GERAKAN lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) antarabangsa turut memberi sokongan kuat kepada beliau. Beberapa badan LGBT mahukan pendakwaan ke atas Anwar ditarik balik atas alasan meliwat adalah hak kebebasan, bukannya jenayah! Mereka menolak hukum perbuatan yang dilaknati Allah swt.

TERINGAT kepada cerita bekas Presiden pertama Zimbabwe Canaan S. Banana yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh mahkamah kerana didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa dan meliwat pembantu peribadinya, Jeff Dube pada 1998. Kes tersebut menggemparkan Zimbabwe, lebih-lebih lagi Banana juga seorang tokoh paderi. Walaupun Banana masih ada pengaruh besar namun tidak mengheret rakyat kepada kancah peribadinya. Beliau sendiri menghalang para penyokong berdemonstrasi kerana menganggap ia hanya suatu penghinaan kepada dirinya.

DENGAN kata lain, keadilan bukan semata-mata untuk pemimpin yang mempunyai pengaruh dan mampu memberikan tekanan politik tetapi juga untuk rakyat biasa. Masyarakat Islam terutama ahli-ahli Pas tentunya bijak membuat perhitungan – nilai mana yang mahu didokong.

JADILAH ORANG YANG BUDIMAN!

No comments:

Post a Comment