Saturday, 6 September 2014

HEBAT SANGATKAH MEMANDU 200KMPH DI JAMBATAN PULAU PINANG YANG LENGANG ???


BUKAN ayat dengki atau jeles... tapi serius...cuba fikir... memandu 200kmph di atas Jambatan Pulau Pinang yang LENGANG.... lesen P pun tadak hal laaa beb!!! Yang kaum Adam rasa nak tercabar tu pe hal..? Tapi penulis akan akui pemandu tu MEMANG HEBAT jika dapat memandu 200kmph di tempat yang sama ketika trafik sesak... contohnya masa cuti perayaan ke.... ada berani....hahaha!


Berdasarkan komen di sebuah laman sosial di mana video ini dikongsikan SUMBER mendapati ramai lelaki menyembunyikan rasa tercabar dengan tiba-tiba mengaku pemandu tersebut adalah awek mereka.
Tak dapat dipastikan jenis kenderaan digunakan namun pemanduan laju hingga melanggar undang-undang ini dipercayai dilakukan ketika melalui Jambatan Pulau Pinang.
Walau pun sebilangan orang mungkin berasakan tindakan awek ini cool, ia sebenarnya bukan sahaja boleh membuatkan pelakunya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tapi juga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Jadi jangan ada yang terfikir nak pandu laju dan rakam video macam awek ni jugak pada masa depan ok?



Ingatlah jalanraya tu bukan kita sorang yang menggunakannya. Jangan kerana sikap sombong dan bangga anda tu menyebabkan orang lain yang merana. Memandu jangan pentingkan diri sendiri... mentang2 kereta bolah dipandu laju...mentang2 kereta mewah....kereta hadapan terpaksa mengelak dan memberi ruang untuk anda BERMAHARAJALELA.... Kalau anda nak cepat..orang lain pun nak cepat juga..orang lain pun nak kejar masa jugak... Jadi... BERTIMBANG RASA lah !!

2 comments:

  1. Dah lama hidup.....amalkan...sok lusa kereta terbang ke dalam laut....masatu rasakan

    ReplyDelete