Wednesday, 24 September 2014

DALANG PASANG KAMERA ZOOM DALAM TANDAS KAFETARIA UIAM UGUT SEBAR VIDEO PELAJAR ???!!!


Satu-satunya universiti yang berjaya menarik perhatian media, Universti Islam Antarabangsa yang terletak di KL. Belum selesai lagi kes-kes simbah cat, ada lagi kes baru yang berlaku. Isu terkini yang berlaku di universiti itu mengundang tanda tanya bagaimana boleh terjadi. Isu panas melibatkan para pelajar dan mungkin sesetengah pensyarah.

Tak senang duduk para pelajar dengan pensyarah di situ.
Mesti semua terkejut dengan isu kamera tersembungi di dalam bilik air. Kamera yang boleh zoom sehingga menampakkan semua tu diletakkan dalam sebuah tandas di cafeteria.



Agak-agaknya apa motif sebenar yang diinginkan oleh pembuat video ‘menarik’ itu? 
Baru kantoi ada kamera cctv tu, dikatakan pula pembuat video itu ‘naik hantu’. Pembuat video mengugut nak sebarkan dan jual video rakaman berkenan.


Mesej-mesej ugutan tu ditulis di cermin tandas. Mana tidaknya,segala perbuatan nya telah diketahui. Comfirm-comfirm lah kes CCTV ini akan menjadi kes polis. Sekelip mata ja isu ini akan dapat diselesaikan.

Kelab Ma’ruf IIUM , salah satu kelab pelajar telah membuat aduan supaya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dihadapkan ke muka pengadilan. Nampaknya pucuk pimpinan IIUM ni tak lepas tangan.


Selepas ini, kaum Hawa kenalah berhati-hati sebelum masuk ke tandas. Sebelum masuk ke tandas tu, ‘on’kan bluetooth masing-masing. Tengok ada tak nama pelik-pelik yang keluar. Sekiranya ada,terus laporkan kepada pihak berkuasa. Ibarat pepatah melayu berkata,”Sediakan payung sebelum hujan.”

Susah zaman sekarang ni, tempat belajar pun telah di’aim’ untuk kepuasan sendiri. Dunia semakin hilang pertimbangan ... - /UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment