Wednesday, 17 September 2014

AWAS !! ORANG MINYAK CARI 99 DARA UNTUK LENGKAPKAN ILMU DITUNTUT !!!

Hiasan

Seorang Pengamal Sihir yang menuntut Ilmu Hitam Orang Minyak akhirnya Kantoi apabila dikatakan telah dicekup ketika melakukan operasi merogol 99 Gadis Perawan di kawasan Batu Caves.

Lelaki Jelmaan Orang Minyak juga mengamalkan beberapa syarat dan pantang sebagai amalan untuk mendapat apa yang dihajati.

Pegamal ilmu hitam ini percaya sekiranya berjaya Merogol 99 Anak Dara hajat seperti kekuatan, umur yang panjang, kemewahan dan kekebalan. Nauzubillah min zalik.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif berkata, perkara itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak di negara ini dianggap sebagai terpencil.

Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh orang dulu-dulu. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah merogol 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya Gadis Perawan.

Berkenaan berita orang minyak yang ditangkap penduduk pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak, Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat tempatan adalah minimum.

Pengamal Perubatan Tradisional Melayu itu juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Afrika.

Bagi penganut agama Islam, perkara seumpamanya perlu dihindarkan kerana ia hanya memesongkan akidah dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik.

Sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mengamal atau mempercayai ilmu hitam ini. Ia merupakan perbuatan yang salah di sisi agama.

No comments:

Post a Comment