Friday, 29 August 2014

PENGUMUMAN PRK DUN PENGKALAN KUBOR


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ialah pada 25 Sept.

  • Tarikh Writ                         :  29 Ogos 2014
  • Tarikh Notis Pilihanraya   :  30 Ogos 2014
  • Tarikh Penamaan Calon    :  13 September 2014
  • Tarikh Pengundian Awal   :  21 September 2014
  • Tarikh Hari Mengundi       :  25 September 2014

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari penamaan calon untuk PRK itu ditetapkan pada 13 Sept sementara pengundian awal pada 21 Sept.

Daftar pemilih untuk PRK itu ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku pertama tahun 2014 dan dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.

“Sebanyak 11 buah sekolah digunakan untuk pusat pengundian dengan 46 saluran mengundi. Sebanyak 422 petugas akan dilantik untuk PRK kali ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil DUN itu di sini Jumaat.

PRK untuk DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 10,174 mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi). – BERNAMA

PDM DUN Pengkalan Kubur adalah seperti berikut :

  • Pengkalan Kubor
  • Ketil
  • Tebing
  • Geting
  • Simpangan
  • Tujoh
  • Telaga Bata
  • Bunohan
  • Jubakar
  • Bendang Pak Yong
  • Tok Jering
  • Kg Geting

No comments:

Post a Comment