Friday, 8 August 2014

MISI PENCARIAN #MH17 DIGANTUNG SEKETIKA

 


AMSTERDAM 7 Ogos - Kerajaan Belanda menggantung misi mencari mayat mangsa dan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ekoran pertempuran antara tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak pro-Rusia yang semakin membimbangkan di timur negara itu.
 
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, risiko yang perlu ditanggung oleh pasukan pakar dari Australia, Belanda dan Malaysia sangat tinggi untuk meneruskan tugas di kawasan nahas.
 
"Situasi di timur Ukraine dan lokasi pesawat MH17 terhempas semakin buruk, sekali gus menyukarkan pasukan pakar melaksanakan tugas mereka,"katanya.
 
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila tugas pencarian dan siasatan akan disambung semula. - REUTERS

No comments:

Post a Comment