Monday, 18 August 2014

BERTUDUNG.... TETAPI TUNJUK ISYARAT LUCAH ....


Memalukan......menurut cerita yang disebarkan pelanggan terbabit menerusi laman sosial, kejadian bermula bila seorang rakannya meminta token ganti yang digunakan pada salah satu mesin yang rosak namun pekerja di situ memintanya supaya membeli token baru.

Rakannya menolak untuk membeli token baru kerana itu bukan salahnya. Pekerja di situ kemudiannya membenarkan rakannya bermain satu permainan secara percuma dan ini dipersetujui oleh mereka.

Namun tidak lama kemudian dua pekerja dalam gambar ini dikatakan mula mengekori mereka dan mengeluarkan kata-kata mengejek.



Berasa panas hati dengan keadaan ini pelanggan terbabit mengambil gambar untuk dibuat aduan kepada pihak pengurusan dan salah satu hasil rakaman gambarnya adalah jari tengah seorang pekerja terbabit.


Bekerja berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan memang sangat menguji kesabaran dan keimanan. Pilihlah pekerjaan yang sesuai dengan diri anda.  Jika dirasakan tidak sesuai, carillah kerja lain. Jangan kerja kerana tangkap muat atau 'gaji' yang lumayan saje....

No comments:

Post a Comment