Monday, 18 August 2014

BEKAS PENEMBAK TEPAT KENCING MAYAT PEJUANG TALIBAN DITEMUI MATI MENGEJUT


Carolina Utara – Bekas penembak tepat yang menimbulkan kontroversi selepas membuang air kecil pada mayat pejuang Taliban, ditemui mati Jumaat lalu.
Koperal Robert Richards, 28, ditemui mati oleh isterinya di rumah mereka di Jacksonville.

Peguam Richards, Guy Womack memberitahu, tidak terdapat sebarang unsur jenayah atau bunuh diri dalam kes kematian askar AS berkenaan.

Punca kematian mungkin disebabkan perubahan ubat-ubatan yang diambil oleh Richards.

Richards diturunkan pangkat setelah video menunjukkan beliau membuang air kecil pada tiga mayat pejuang Taliban dimuat naik ke YouTube.

Video yang dirakam pada 2012 tersebut dikecam masyarakat antarabangsa dan menaikkan kemarahan di Timur Tengah.

No comments:

Post a Comment