Friday, 18 July 2014

TRAGEDI #MH17 : BODOHNYA KETUA PEMUDA PAS PUSAT !!!


Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kayat yang sama sekali tidak tepat sekaligus menunjukkan kebodohan beliau dalam isu insiden MH17 yang berlaku awal pagi tadi.


Tajuk artikel Malaysiakini mengatakan bahawa Ketua Pemuda PAS ini telah kononya membidas Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kerana telah menggunakan laluan udara yang merbahaya.

Ingin saya tegaskan disini bahawa kenyataan Ketua Pemuda PAS ini adalah tidak berasas sama sekali kerana :

1. Laluan yang digunakan oleh MAS juga digunakan oleh 15 daripada 16 Syarikat penerbangan Asia Pacific.

2. Laluan MAS ini juga adalah laluan yang telah diberi kelulusan oleh International Air Transport Association dan International Civil Aviation Organization.

Persoalan saya sekarang, kalau Suhaizan Kayat ini pandai laluan apakah yang patut digunakan oleh MAS bagi perjalanan sektor Amsterdam- Kuala Lumpur?

Nasihat saya kepada Pemuda PAS ini adalah supaya bersikap lebih sensitive dan tidak perlu hendak mempolitikkan isu ini hanya to gain cheap political mileage. Hormatilah ahli keluarga penumpang pesawat #MH17 dan sedekahlah Al-Fatihah kepada yang terkorban. Sesungguhnya itu lebih baik dari cuba mempolitikkan hal ini. - 1 Malaysia


No comments:

Post a Comment