Thursday, 17 July 2014

RUMAHTANGGA 7 TAHUN, 2 ANAK.... AKHIRNYA EZANY NIZARIF CERAIKAN LIZDA NURYANTI


Desas desus keretakan rumah tangga pelakon drama popular Ezany akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan bakal berceari dengan isterinya, Lizda Nuryanti, 32, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Pada Selasa lalu, Ezany,41, yang juga merupakan pengusaha kicap dan belacan telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya dengan tulisan: "It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita."

Ezany 41, berkata, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.

"Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.

"Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia,"

Manakala Lizda pula menaikkan status di Facebook meluahkan bahawa dia baru sahaja menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri selepas melalui proses perpisahan dalam rumahtangganya.

"Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan reda dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga,” ujarnya.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Kredit: Mstar

No comments:

Post a Comment