Friday, 18 July 2014

RAKAMAN AUDIO KETUA MILITAN SELEPAS #MH17 DITEMBAK JATUH


Satu video telah dikeluarkan di Youtube yang menunjukkan satu panggilan telah dipintas dari pemberontak Pro-Rusia di timur Ukraine.

Rakaman audio yang ditambah sarikata Bahasa Inggeris itu didakwa hasil daripada pintasan yang dilakukan oleh Ukrainian Security Service (SBU), yang kemudiannya dikeluarkan di laman web mereka.


Lelaki ini dipercayali sebagai ketua militan Russia, Igor 'Bes' Bezler

Ia mendakwa kumpulan militan yang diketuai oleh Igor “Bes” Bezler, menggunakan sistem peluru berpandu udara-pertahanan Rusia, menembak jatuh sebuah pesawat awam dikenal pasti sebagai Boeing 777 milik Malaysia Airlines.

Dalam rakaman itu, dua pemberontak boleh didengar bercakap tentang kapal terbang yang telah ditembak jatuh – yang pertama menganggap mereka adalah jet tentera. Namun apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai “Major” melaporkan kembali, dia tidak jelas apa jenis pesawat yang mereka serang. [Reuters]

No comments:

Post a Comment