Friday, 18 July 2014

#MH17 DITEMBAK MILITAN PRO-RUSSIA ??? (RANGKAIAN BERITA PELBAGAI SUMBER)

BERITA 1 :


KIEV: Jumlah kematian dalam kejadian pesawat MH17 dipercayai terhempas melebihi 300 orang termasuk 23 warga Amerika Syarikat, kata Penasihat Kementerian Dalam Negeri, dipetik oleh Ifax. 


BERITA 2 :



Lebih 100 mayat ditemui bergelimpangan...

BERITA 3 :



KIEV: Angkatan Tentera Ukraine tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kata bahagian media Presiden Ukraine.

Agensi berita negara itu, Inferfax memetik Presiden Petro Poroshenko bahawa beliau tidak menyatakan pesawat berkenaan ditembak jatuh.

"Ini adalah insiden ketiga dalam tempoh beberapa hari selepas kejadian pesawat An-26 dan SU-25 ditembak jatuh.

"Kami tidak merasakan pesawat ini juga ditembak jatuh dan kami ingin tekankan bahawa Ukraine tidak menjalankan sebarang tindakan untuk menghapuskan sasaran di udara," katanya. - Reuters 

BERITA 4 :


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.
BERITA 5 :




GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Pegawai berkenaan menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow.
Serpihan pesawat itu dipercayai terhempas di kawasan perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia di kawasan di mana pemisah pro-Russia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat Boeing 777 itu dipercayai terhempas berhampiran bandaraya Donetsk, dan menambah ia ditembak menggunakan “sistem anti-pesawat Buk’ oleh pengganas.”

Laporan agensi juga memetik pemimpin pemisah menuduh pasukan Ukraine menembak jatuh pesawat berkenaan tetapi pegawai Ukraine berkata tenteranya tidak terbabit.

Agensi Berita Ukraine, Interfax melaporkan pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika ia sedang terbang setinggi 33,000 kaki, ketinggian biasa bagi mana-mana pesawat.

Ukraine menuduh Russia memainkan peranan aktif dalam konflik empat bulan itu dan menuduhnya pernah menembak jatuh jet pejuang Sukhoi Su-25 Ukraine - tuduhan yang dinafikan oleh Moscow.
Komander tentera pemberontak, rakyat Russia bernama Igor Strelkov, menulis dalam media sosial sejurus sebelum laporan mengenai pesawat MH17 itu bahawa pasukannya pernah menembak jatuh pesawat Antonov An-26 di kawasan sama. - Reuters 

No comments:

Post a Comment