Thursday, 10 July 2014

MASYA ALLAH......RAKYAT GAZA BERMANDI DARAH KETIKA SEDANG BERSAHUR


Dunia dikejutkan dengan serangan terbaru dari Israel ke atas Bandar Gazza di saat dunia sedang leka dengan Pesta Bola Sepak Piala Dunia 2014 perlawanan antara German dan Brazil. Menurut sumber, serangan berlaku ketika umat Islam Gaza sedang lakukan ibadat sahur. 

 
Penulis ingin menjelaskan di sini, isu Palestin amat penting kita fahami, tidak seperti isu lain seperti isu di Iraq, Afghanistan dan seumpamanya walaupun mereka juga penting kerana ia berkaitan isu umat Islam.
 
Hamas yang ideologi mereka berasal dari Ikhwan Muslimun Mesir, berpegangan Sunnah Wal Jamaah, dan bukannya Syiah, Hizbullah atau lainnya HAMAS – Hizbul Al Muqawwamah Al Islamiyyah. Mereka memenangi pilihanraya 2006 setelah mengalahkan parti Fatah dengan majoriti besar.

Kepungan dan sekatan ke atas Gaza sejak 2006, dari darat, laut dan udara dikuatkuasakan disebabkan Hamas menguasai negeri ni.

Serangan tanpa peri kemanusiaan tersebut mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket ke Semenanjung Gaza bermula awal pagi semalam dalam kempen terbaru rejim Zionis di wilayah itu.

Di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat. Sejurus kemudian empat orang di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel.

Tujuh orang lagi terkorban dan 25 yang lain cedera apabila bedilan roket Israel terkena sebuah rumah di Khan Younis di selatan Gaza. Identiti mereka bagaimanapun belum dikenal pasti.

Presiden Mahmus Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, Kabinet Israel dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah terbabit.
Menurut sumber, pesawat tempur Israel membedil lebih 50 sasaran di Bandar Gaza.
 
Persoalan yang timbul, benarkah serangan balas dari tentera Israel ini kerana membalas dendam terhadap serangan bedilan peluru roket ke atas sempadan Israel datangnya dari Kerajaan Hamas beberapa hari yang lalu?
 
Mengikut sumber yang penulis dapat, serangan roket ke sempadan Israel ini berikutan kejadian pembunuhan ngeri remaja Palestin oleh pelampau Yahudi sedikit waktu dahulu dan akibat dari insiden ini Israel bertungkus lumus mengekang kemarahan rakyat Gaza namun serangan yang datang ke arah mereka menjadikan alasan terbaik untuk mereka menyerang balas.
 
“Kira-kira 50 sasaran diserang, antaranya ialah empat rumah milik pejuang, kawasan pelancaran roket dan infrastruktur pejuang. Objektif operasi menyerang Hamas dan mengurang bedilan roket ke Israel,” kata jurucakapnya.
 
Apa yang ingin penulis sampaikan, apakah benar serangan awal datangnya dari Hamas atau ada dalang yang sengaja ingin bara peperangan ini berlanjutan dan akhirnya Hamas dapat di tumbangkan dan naiklah rejim baru boneka Israel?
 
Apakah munasabah Hamas yang terkenal dengan ‘Kesediaan Berunding’ dengan Israel demi untuk mewujudkan keamanan terutama demi nyawa yang tidak berdosa melayang yang memulakan serangan selepas ‘gencatan’ senjata?
 
Benarkah wujudnya dakwaan bahawa Kumpulan Fatah mula bangkit sebagai dalang dengan cara melemahkan pentadbiran Hamas melalui propaganda mewujudkan ketegangan antara Hamas-Israel?
 
Namun, penulis melihat selagi negara Islam di seluruh dunia tidak bersatu dan mengambil inisiatif yang serius menekan Israel agar lebih bertamaddun selagi itulah umat Islam di seluruh dunia bakal menerima nasib yang sama, dihina di bumi sendiri.
 
Sebagai umat Islam di negara merdeka, kita wajib membantu saudara seIslam kita atas maksud persaudaraan dunia dan akhirat seperti yang kita tahu bahawa Islam itu bersaudara.

Kita sebagai sebuah negara Islam yang masih Pemimpin Islam yang memimpinnya wajib bersyukur kerana Tanahair ini masih kekal aman walaupun telah lihat tanda-tanda awal ada usaha untuk memperlihatkan bahawa Pemimpin Islam di Malaysia gagal mengekalkan keharmonian antara kaum dan pegangan agama.
 
Allah swt memperlihatkan keadaaan umat Islam di Gaza bukan sekadar melihat mereka dengan pandangan simpati namun untuk kita jadikan pengajaran agar bersyukurlah dengan nikmat yang Allah bagi kepada negara kita setelah apa yang kita lalui selama 300 tahun lebih dijajah. 
 
Penulis menyeru parti politik di Malaysia agar berpolitiklah dengan sihat dan jauhilah propaganda jahat hinggakan terbaru, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat begitu lantang mencabar Melayu Islam dalam isu 13 Mei.
 
Beliau lupa, Islam berperang untuk syahid di medan perang, kalau menang maka itu bonus yang Allah swt berikan. 
 
Janganlah dijolok sarang tebuan kalau tidak pernah kena sengatannya.
Janganlah kita lihat harimau yang tidur maka kita anggapnya hanyalah seekor kucing.
 
Sedarlah bahawa kita tidak akan mampu untuk ‘merasai’ sekali lagi dijajah.
 
Ambillah iktibar apa yang terjadi di Israel, di saat dunia seronok melihat Pesta Bola Sepak Dunia 2014, mereka dijadikan bola oleh Israel.

Oleh : Rania/MyKMU

No comments:

Post a Comment