Wednesday, 30 July 2014

MAMPUKAH PAS SELANGOR PERTAHANKAN KEBERANIANNYA... ???


AIDIL FITRI tahun ini....secara tiba-tiba sahaja nama Dr. Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) disebut-sebut namanya dan gambarnya pula dicari-cari. 



Pensyarah Sains Politik Universiti Malaya itu, tiba-tiba sahaja menjadi orang terkenal malah jauh lebih terkenal daripada Mat Sabu dan Mahfuz Omar apabila dia bukan sahaja disebut-sebut oleh akar umbi PAS yang sudah lama menantikan seorang MESSIAH tetapi juga oleh DAP yang amat bimbang kemunculan seorang PEMBERANI yang akan menyanggah bukan sahaja tindak tanduk DAP, tetapi juga yang lebih penting, boneka DAP sendiri iaitu Anwar Ibrahim.

Zuhdi Marzuki mungkin tidak mengetahui bahawa perbualannya dengan beberapa orang pemimpin utama PAS dalam Group WhatsApp akan dibocorkan dan kemudian dia sendiri menjadi perhatian dan mangsa kecaman.

Namun itulah yang berlaku.

PAS di Selangor sekalipun pemegang konsensi terbesar dengan 15 kerusi, setanding dengan DAP yang bertanding di kawasan bermajoriti Cina, hakikatnya di Selangor, PAS hanyalah sebuah parti boneka yang bukan sahaja tidak mempunyai sebarang kuasa, tetapi juga terpaksa sentiasa akur, patuh, tunduk dan menjilat tapak kaki Anwar Ibrahim serta para pemimpin DAP yang lain.

Lebih tepat lagi, PAS di Selangor hanyalah sebagai unit penyedia ahli untuk demonstrasi jalanan, memenuhkan dan meramaikan orang dalam ceramah-ceramah PKR serta DAP serta berfungsi untuk menunjukkan kononnya DAP dan PKR telah mendapat sokongan besar orang Melayu.

Itu yang dibuktikan oleh PKR serta DAP apabila para pemimpin parti tersebut benar-benar marah dan mengecam PAS kerana tidak menutup mulut, enggan berkompromi serta mempunyai pendirian yang tersendiri dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

PKR dan DAP sebenarnya hanya mahukan PAS tidak bercakap apa-apa dan hanya melakukan sebagaimana yang disuruh. Bagi PKR dan DAP, walaupun PAS adalah pemegang konsensi kuasa terbesar, PAS tidak boleh sama sekali menyuarakan pendirian serta pandangan mereka.

Jadi, apabila Dr. Zuhdi Marzuki mengeluarkan bicara dan perancangan bagaimana PAS boleh menamatkan kemelut perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor selain menumpukan kepada usaha memperjuangkan agenda Melayu dan Islam yang semakin teruk diserang menerusi kerjasama dengan UMNO, ianya benar-benar membuka mata dan benar-benar mencabar PKR serta DAP.

Sudah pastilah orang yang paling marah adalah Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Tony Pua dan Anthony Loke. Segala perancangan hebat mereka untuk menguasai kekayaan Selangor, musnah dengan kenyataan ‘yang tidak disengajakan’ oleh Dr. Zuhdi Marzuki.

Kecoh juga alam siber apabila para pecacai PKR dan DAP dalam PAS mula mengambil langkah mengecam serta mendesak agar Zuhdi dipecat dari PAS. Kalau sebelum ini mereka melakukan perkara yang sama terhadap menantu Presiden PAS malah Presiden PAS sendiri dikatakan bebal dan bodoh kerana mengeluarkan kenyataan membela Khalid Ibrahim, nasib yang serupa diterima oleh Zuhdi.

Namun sesuatu yang amat pasti ialah PAS dan para pemimpinnya sangat bacul, dayus dan pengecut. Mereka mungkin kedengaran seperti orang yang sudah bersedia menggalas senjata untuk berjihad menentang Zionis, tetapi apabila disergah oleh para pemimpin DAP dan PKR secara terbuka, mereka biasanya bukan sahaja menarik kembali kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, bahkan akan mencari-cari jalan untuk menyalahkan UMNO-BN.

Berapa lamakah masa yang akan diambil oleh Zuhdi Marzuki untuk berbuat begitu?

Kita tunggu

Sumber : MYKMU

No comments:

Post a Comment