Monday, 7 July 2014

JURURAWAT RAKAM VIDEO NEYMAR DALAM KESAKITAN AKAN DIPECAT !!!


SAO CARLOS : Kecederaan Neymar Jr. menjadi topik utama Piala Dunia di Brazil selepas doktor pakar yang merawat beliau mengesahkan Neymar terpaksa direhatkan akibat patah tulang vertebra.


Namun disebalik tragedi yang menimpa Selecao selepas kehilangan bintang harapan pasukan mereka, kontroversi tercetus apabila video Neymar yang di bawa masuk di pintu masuk Hospital Sao Carlos tersebar luas.



Seorang jururawat yang hanya dikenali sebagai Cinthia, merakam video ketibaan Neymar di hospital itu sekaligus membuatkan peminat-peminat Neymar berang serta mengecam tindakannya mengambil video kesakitan Neymar dengan senyuman dan menunjukkan tanda ‘V’ pada akhir video berdurasi 25 saat itu.

Menurut laporan laman bola sepak Brazilan UOL, akibat perbuatan itu, jururawat tersebut bakal dipecat.

Dalam temu bual bersama pihak pengurusan hospital, Marcia Real berkata, jururawat itu tidak hadir bekerja hari ini dan berkemungkinan akan dipecat. -  Agensi

No comments:

Post a Comment